apa lagi bila sekarang aku da rasa roomate aku sekarang dah ada balah antara diorang..
aku tersepit antara kemelot yang sama cam kelicinan belot..
haishh...
apa la dugaan...
oh bydah...cepatan pulang..
aku perlu roomate aku tuhh...
kuaq x balek2 dah pi bli bju raya..
haiyyoowhh!!
APA ERTI SAHABAT??
Sahabat,
Erti persahabatan yang sebenar hanya dimiliki oleh insan yang bergelar sahabat.
Dalam persahabatan, sahabat pasti mengetahui latar belakang sahabatnya.begitu juga apabila berada dalam suka nan duka pasti sahabat berada di sisi.inilah lumrah dalam kehidupan yang perlu diharungi oleh setiap insan yang bergelar sahabat.Dalam sesuatu perhubungan dan persahabatan,setiap insan perlulah keikhlasan, kejujuran,kepercayaan, kesefahaman dan kesetiaan terhadap sahabatnya.Bukan ia hanya digunakan untuk mencari teman istimewa sahaja bahkan ia perlu untuk menjadi seorang sahabat yang sejati.
Sahabat,
Kawan DAN sahabat mempunyai maksud yang berbeza.
Kawan hanya mampu untuk menghiburkan hati kawannya sahaja tetapi seorang sahabat mampu menemani sahabatnya ketika dalam kesusahan untuk mengharungi masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Mampukah seorang kawan melakukan
Begitu? Fikirkanlah.
Sahabat,
Dalam mengharungi persahabatan yang sebenar dan sejati pasti ada pelbagai dugaan seperti berlaku keporak-perandaan yang berpunca daripada seorang insan yang cemburu dan keakraban seorang sahabat. Ini kerana mereka tidak dapat menghayati erti persahabatan yang sebenar. Berakhirnya dengan sebuah pepatah yang bermaksud "sahabat tidak akan berjauhan walaupun jarak memisahkan". Khas untuk insan yang mengenali erti persahabatan…………
“sahabat yang baik susah dicari lebih sukar untuk ditinggalkan & mustahil untuk dilupakan”
0 comments:
Post a Comment